percaya pada kemampuan diri sendiri...
setiap kejayaan bermula dengan kegagalan...

cintakan bunga....bungakan layu
cintakan manusia....manusiakan mati
cintakan dunia....dunia kau tinggalkan pergi
cintakan ILAHI...CINTA SEJATI


Hidupkan kami dalam cinta itu
matikan kami dalam cinta itu
pulangkan kami dengan cinta itu
kepangkuan- MU...

Friday, July 30, 2010

bush pidato dalam bahasa jawa

kemunduran negeri sabah

assalamualaikum kepada para pembaca,terima kasih kerana sudi membuka blog aku nie...di sini aku mau berceloteh pasal negeri ku sabah..





Sabah merupakan negeri kedua paling besar di Malaysia dengan keluasan tanah 73,610 km persegi. Sabah kaya dengan sumber-sumber semulajadi seperti hutan, galian, fauna, flora hinggalah ke hidupan laut. Lebih kurang 60 peratus daripada tanahnya diliputi dengan hutan rimba manakala kawasan tanah pertanian merangkumi 30 peratus. Sumber perhutanan dan pertanian adalah penyumbang utama kepada sumber pendapatan negeri Sabah. Bahan mentah seperti minyak, tembaga, emas dan batu kapur juga didapati dinegeri ini.



Ekonomi negeri Sabah bergantung kepada ekspot komoditi utamanya seperti minyak kelapa sawit, koko, getah, petroluem, kayu balak dan papan lapis. Sektor pengekspotan membentuk 70 peratus daripada jumlah pengeluaran. Pada masa kini, negeri Sabah merupakan pengeluar utama minyak kelapa sawit dan koko diseluruh Malaysia. Selain daripada sektor kayu-kayan dan pertanian, sektor perkilangan dan pelancongan juga berkembang pesat dan bertambah penting sebagai sumber ekonomi negeri Sabah.



Hampir 1/7 daripada kawasan Sabah adalah sesuai untuk pertanian. Dari segi penggunaan tanah, 12.9% telah digunakan7untuk pertanian; 42.9% adalah pemeliharaan hutan; 1.2% untuk perikanan; 2.6% hidupan liar; 3.6% taman-taman negara dan 36.8% untuk lain-lain.

tapi yang menghairan kenapa sabah masih mundur dari aspek infrastuktur..ke mana hilangnya pendapatan negeri sabah yang begitu banyak?????
bukan itu sahaja,kemudahan pembelajaran juga kurang.//???????